Rene’ Descartes (1596-1650)
Beliau adalah pencipta bagi cabang matematik geometri koordinat. Menurut beliau, adalah mencukupi untuk melukis suatu garis lurus jika penjangnya diketahui. Graf dilukis pada paksi Cartesan mengandungi satu set pasangan tertib (x,y). Beliau dikatakan mendapat idea mengenai koordinat ketika beliau sedang terbaring dan memerhatikan seekor labah-labah pada siling biliknya.
Archimedes 287 – 212 sm
Dilahirkan pada 287 sebelum masihi dan meninggal pada tahun 212 sebelum masihi ketika perang, dibunuh oleh tentera Rom. Tentera Rom tidak mengetahui siapa sebenarnya..Beliau kemungkinan mendapat pendidikan di Alexandria, di sekolah Euklid. Egypt merupakan kota terbesar pada ketika itu. Beliau telah diajar mengenai kalkulus. Beliau juga dianggap sebagai “Bapa Kalkulus”.
Pencapaian beliau yang terkenal ialah
- Hukum Hidrostatik Archimedes
- Mencipta Takal
- Skru Archimedes
- Menemui pi
Sir Isaac Newton (1642-1727)
Dilahirkan pada 1642 di sebuah keluarga petani di jajahan Lincoln, England. Semasa kecil beliau tidak dapat bermain permainan kasar kerana badannya tidak cukup kuat, maka beliau menghabiskan masa lapangnya dengan merekacipta berbagai permainan seperti lelayang bertanglung, roda yang dipusingkan oleh air, jam kayu dan jam matahari.
Pencapaian :
- Hukum Newton
- Teorem binomial
John Venn (1834-1923)
John Venn dilahirkan pada 4 August 1834 di Hull, Yorkshire, England dan meninggal pada 4 April 1923 di Cambridge, England. Beliau banyak membuat kajian terhadap logik dan kebarangkalian. Minatnya bertambah apabila membaca buku tulisan George Boole dan De Morgan. Beliau mengembangkan lagi idea George Boole mengenai logik dengan mencipta gambarajah Venn untuk menunjukkan persilangan dan kesatuan set. 

